Fiji di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Penampilan
Fiji di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 | |
---|---|
Kod IOC | FIJ |
NOC | Persatuan Sukan dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Fiji |
Laman sesawang | www |
di Tokyo, Jepun | |
Peserta | 32 dalam 6 sukan |
Pembawa bendera (pembukaan) | Taichi Vakasama Rusila Nagasau |
Pembawa bendera (penutupan) | Rusila Nagasau |
Pingat Kedudukan ke-59 |
|
Penampilan Sukan Olimpik Musim Panas | |
Fiji telah menyertai Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, Jepun. Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020, tetapi ditangguhkan ke 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 akibat pandemik COVID-19.[1] Fiji juga telah menyertai semua edisi Sukan Olimpik Musim Panas sejak 1956, kecuali pada 1964 dan 1980.
Fiji telah mencapai kejayaan yang lebih besar pada edisi ini setelah berjaya meraih dua pingat dalam sukan ragbi berbanding satu pingat pada 2016.
Pemenang pingat
[sunting | sunting sumber]Fiji berjaya meraih dua pingat iaitu pingat emas dan pingat gangsa;[2]
Pingat | Nama | Sukan | Acara | Tarikh |
---|---|---|---|---|
Emas | Pasukan ragbi kebangsaan Fiji | Ragbi bertujuh | Perlawanan lelaki | 28 Julai |
Gangsa | Pasukan ragbi wanita kebangsaan Fiji | Ragbi bertujuh | Perlawanan wanita | 31 Julai |
Peserta
[sunting | sunting sumber]Seramai 32 orang atlet mewakili Fiji dalam enam sukan;[3]
Sukan | Lelaki | Wanita | Jumlah |
---|---|---|---|
Judo | 1 | 0 | 1 |
Lumba layar | 0 | 1 | 1 |
Olahraga | 1 | 0 | 1 |
Pingpong | 0 | 1 | 1 |
Ragbi bertujuh | 13 | 13 | 26 |
Renang | 1 | 1 | 2 |
Jumlah | 16 | 16 | 32 |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
- ^ "Team Fiji - Medals by Sport". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2021. Dicapai pada 4 September 2022.
- ^ "NOC Entries - Team Fiji". Tokyo 2020 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2021. Dicapai pada 4 September 2022.